(a)
Kata Perintah Asal
|
(b)
Kata Perintah Baru
|
(c)
Pergerakan / Perbuatan Baru
|
4.1. RUSUK SENJATA (Dari kedudukan sedia)
Kata Perintah:-
"Skuad, rusuk... senjata" |
Kata perintah tidak berubah cuma perkataan "senjata" ditajamkan
/ dipendekan dengan sebutan "ta" sahaja. |
Pergerakan di ringkaskan kepada 2 pergerakan sahaja dengan kiraan "1"
dari kedudukan sedia.
-
Senjata dilambung dengan kekuatan tangan kanan ke atas, tangkap dan pegang
pada pistol grid. Pada masa yang sama juga tangan kiri dengan pantas tangkap
dan pegang pada pengadang tangan dengan sebutan kiraan "satu".
-
Kemudian tangan kiri direntap pantas melalui hadapan badan ke sebelah kiri
badan dengan sebutan kiraan "dua" (Siku, tangan kiri lurus dan tapak tangan
dalam keadaan genggam, ibu jari ke hadapan dengan hujung ibu jari di tekan
ke bawah di belakang jahitan seluar?
|
4.2. HORMAT SENJATA (Dari kedudukan rusuk senjata)
Kata Perintah:-
"Hormat... senjata" |
Kata Perintah tidak berubah. Perkataan "senjata" ditajamkan
/ dipendekkan dengan sebutan "ta" sahaja. |
Pergerakan diringkas kepada 2 pergerakan sahaja dari kedudukan rusuk
senjata.
-
Senjata dibawa ke hadapan / tengah badan dengan pantas dengan kekuatan
tangan kanan. Tangan kanan lurus memegang pada pistol grid. Pada masa yang
sama tangan kiri dengan pantas tangkap kepada pengadang tangan (hand guard)
dengan sebutan kiraan "satu".
-
Kaki kanan diangkat dan hentak rapat dalam kedudukan melintang di belakang
kaki kiri serentak dengan itu juga genggam tangan kanan pada pistol grid
dibawa dengan pantas kepada genting udi senjata. (Dalam kedudukan memegang
genting udi senjata, tapak tangan lurus, siku juga lurus, dengan sebutan
kiraan "dua" kekuatan pada tangan kiri)
|
4.3. RUSUK SENJATA (Dari kedudukan hormat senjata)
Kata Perintah:-
"Rusuk... senjata" |
Kata Perintah tidak berubah tetapi perkataan "senjata" di
tajamkan / dipendekkan dengan sebutan "ta" sahaja. |
Pergerakan diringkaskan kepada 2 perbuatan sahaja.
-
Senjata dibawa kepada rusuk sebelah kanan dengan pantas dengan kekuatan
tangan kiri. Serentak dengan itu tangan kanan pegang kepada pistol grip
dengan sebutan kiraan "satu".
-
Kaki kanan diangkat dan dibawa kepada tumit kaki kiri seperti kedudukan
sedia, serentak dengan tangan kiri dibawa balik kekedudukan sebelah kiri
badan dengan pantas (siku lurus, tapak tangan digenggam dengan ibu jari
menghala ke hadapan dan ditekan ke bawah) dengan sebutan kiraan "dua".
|
4.4. TURUN SENJATA (Dari kedudukan rusuk senjata).
Kata Perintah:-
"Turun... senjata" |
Kata perintah tidak berubah tetapi perkataan "senjata" ditajamkan
/ dipendekkan dengan sebutan "ta" sahaja. |
Perbuatan tidak berubah tetapi kiraan direngkaskan.
-
Tangan kiri dengan pantas tangkap hujung senjata dengan sebutan kiraan
"satu".
-
Tangan kiri tekan senjata ke bawah rapat sebelah kaki kanan. Pada masa
yang sama tangan kanan tangkap kepada pengadang tangan serentak dengan
sebutan kiraan "dua".
-
Diikuti dengan pantas rentap tangan kiri ke sebelah kiri badan dengan sebutan
kiraan "tiga". (Tangan dan siku lurus, tapak tangan digenggam, ibu
jari menghala ke hadapan, tekan di bawah di belakang jahitan seluar)
|