Penerangan Ringkas
Perubahan Kata Perintah / Pergerakan Kawad

Perubahan kepada kata perintah dan pergerakan kawad ini adalah merupakan hasrat YB KPN yang menyarankan supaya perubahan dilakukan agar kata perintah kawad dipendekkan dan diringkaskan serta pergerakan kawad dicepatkan (singkatkan) bagi tujuan memantapkan dan memperkemaskan lagi kata perintah, pergerakan serta sekuen kawad keseluruhannya.

Lanjutan dari itu, Komandan Pusat Latihan Polis, K.L telah mengarahkan Cawangan Latihan Luar membuat kajian secara menyeluruh bagi maksud tersebut. Kajian awal secara menyeluruh ini telah dilaksanakan tetapi tumpuan masih kepada kata-kata perintah dan pergerakan bagi satu perbarisan resmi sahaja.

Sebagai langkah percubaan, satu skuad Inspektor pelatih yang sedang menjalani latihan di PULAPOL yang pada ketika itu akan tamat latihan telah dilatih kepada kata-kata perintah dan pergerakan kawad baru ini hasil dari kajian yang telah dilaksanakan. Pada 26 Februari 1994 pergerakan dan kata perintah baru ini dipamerkan semasa perbarisan tamat latihan Insp pelatih siri 1/93 YB KPN Tan Sri Rahim Noor sendiri menerima tabek hormat.

Bermula tarikh tersebut, Komandan Pusat Latihan Polis, K.L telah mengarahkan Cawangan Latihan Luar membuat kajian secara menyeluruh terhadap semua kata perintah dan pergerakan kawad baru hasil dari kajian yang dilaksanakan.

Naskah ini mengandungi kata-kata perintah dan pergerakan kawad baru serta kata perintah / sekuen upacara perbarisan sepertimana yang telah dilatih dan dipraktikkan oleh platun model untuk dipertontonkan.

Cawangan Latihan Luar,
Pusat Latihan Polis,
Kuala Lumpur.

23 Mac 1994
Saya menyalin semula untuk diguna pakai oleh pasukan beruniform Kadet Remaja Sekolah KRS - SMK Bandar Mas..... Mohd Yasin