Make your own free website on Tripod.com


KATA PERINTAH PERGERAKAN KAWAD BARU
= BAB 4 : KAWAD DENGAN SENJATA =
(a)
Kata Perintah Asal
(b)
Kata Perintah Baru
(c)
Pergerakan / Perbuatan Baru
4.1. RUSUK SENJATA (Dari kedudukan sedia)

Kata Perintah:-

"Skuad, rusuk... senjata"

Kata perintah tidak berubah cuma perkataan "senjata" ditajamkan / dipendekan dengan sebutan "ta" sahaja. Pergerakan di ringkaskan kepada 2 pergerakan sahaja dengan kiraan "1" dari kedudukan sedia.
  • Senjata dilambung dengan kekuatan tangan kanan ke atas, tangkap dan pegang pada pistol grid. Pada masa yang sama juga tangan kiri dengan pantas tangkap dan pegang pada pengadang tangan dengan sebutan kiraan "satu".
  • Kemudian tangan kiri direntap pantas melalui hadapan badan ke sebelah kiri badan dengan sebutan kiraan "dua" (Siku, tangan kiri lurus dan tapak tangan dalam keadaan genggam, ibu jari ke hadapan dengan hujung ibu jari di tekan ke bawah di belakang jahitan seluar?
4.2. HORMAT SENJATA (Dari kedudukan rusuk senjata)

Kata Perintah:-

"Hormat... senjata"

Kata Perintah tidak berubah. Perkataan "senjata" ditajamkan / dipendekkan dengan sebutan "ta" sahaja. Pergerakan diringkas kepada 2 pergerakan sahaja dari kedudukan rusuk senjata.
  • Senjata dibawa ke hadapan / tengah badan dengan pantas dengan kekuatan tangan kanan. Tangan kanan lurus memegang pada pistol grid. Pada masa yang sama tangan kiri dengan pantas tangkap kepada pengadang tangan (hand guard) dengan sebutan kiraan "satu".
  • Kaki kanan diangkat dan hentak rapat dalam kedudukan melintang di belakang kaki kiri serentak dengan itu juga genggam tangan kanan pada pistol grid dibawa dengan pantas kepada genting udi senjata. (Dalam kedudukan memegang genting udi senjata, tapak tangan lurus, siku juga lurus, dengan sebutan kiraan "dua" kekuatan pada tangan kiri)
4.3. RUSUK SENJATA (Dari kedudukan hormat senjata)

Kata Perintah:-

"Rusuk... senjata"

Kata Perintah tidak berubah tetapi perkataan "senjata" di tajamkan / dipendekkan dengan sebutan "ta" sahaja. Pergerakan diringkaskan kepada 2 perbuatan sahaja.
  • Senjata dibawa kepada rusuk sebelah kanan dengan pantas dengan kekuatan tangan kiri. Serentak dengan itu tangan kanan pegang kepada pistol grip dengan sebutan kiraan "satu".
  • Kaki kanan diangkat dan dibawa kepada tumit kaki kiri seperti kedudukan sedia, serentak dengan tangan kiri dibawa balik kekedudukan sebelah kiri badan dengan pantas (siku lurus, tapak tangan digenggam dengan ibu jari menghala ke hadapan dan ditekan ke bawah) dengan sebutan kiraan "dua".
4.4. TURUN SENJATA (Dari kedudukan rusuk senjata).

Kata Perintah:-

"Turun... senjata"

Kata perintah tidak berubah tetapi perkataan "senjata" ditajamkan / dipendekkan dengan sebutan "ta" sahaja. Perbuatan tidak berubah tetapi kiraan direngkaskan.
  • Tangan kiri dengan pantas tangkap hujung senjata dengan sebutan kiraan "satu".
  • Tangan kiri tekan senjata ke bawah rapat sebelah kaki kanan. Pada masa yang sama tangan kanan tangkap kepada pengadang tangan serentak dengan sebutan kiraan "dua".
  • Diikuti dengan pantas rentap tangan kiri ke sebelah kiri badan dengan sebutan kiraan "tiga".  (Tangan dan siku lurus, tapak tangan digenggam, ibu jari menghala ke hadapan, tekan di bawah di belakang jahitan seluar)