Make your own free website on Tripod.com

 

 
KATA PERINTAH PERGERAKAN KAWAD BARU
= BAB 2 =
(a)
Kata Perintah Asal
(b)
Kata Perintah Baru
(c)
Pergerakan / Perbuatan Baru
2. KAWAD TANPA SENJATA SKUAD DALAM BERHENTI (Statik)

2.1. SEDIA

Kata Perintah:-

"Skuad, skuad... Sedia"

Kata Perintah baru:

"Skuad, Skuad... Sdia"

Perkataan "Sedia" ditajamkan / dipendekkan dengan sebutan "Sdia" sahaja.

Sama seperti pergerakan sedia di para 1.1 ruangan (c)
2.2. SENANG DIRI

Kata Perintah:-

"Skuad, senang... Diri"

Kata perintah baru tidak berubah cuma perkataan "Diri" ditajamkan kepada sebutan "Dri". Pergerakan sama seperti di para 1.2. ruangan (c)
2.3. REHATKAN DIRI

Kata Perintah:-

"Rehatkan... Diri"

Kata perintah tidak berubah cuma perkataan "Diri" ditajamkan kepada sebutan "Dri". Pergerakan sama seperti di para 1.3. ruangan (c)
2.4. BERGERAK KE KANAN (Kedudukan skuad menghadap ke hadapan) Statik.

Kata Perintah:-

"Skuad bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing".

Kata Perintah Baru:-

"Skuad bergerak ke kanan, kanan... Sing"

Perkataan "pusing" ditajamkan menjadi "sing" sahaja.

Pergerakan sama seperti di para 1.4. ruangan (c)
2.5. BERGERAK KE KIRI (Kedudukan skuad menghadap ke hadapan statik)

Kata Perintah:-

"Skuad bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri... Pusing"

Kata Perintah Baru:-

"Skuad bergerak ke kiri, kiri... sing"

Perkataan "pusing" ditajamkan menjadi "sing" sahaja.

Pergerakan sama seperti di para 1.5. ruangan (c)
2.6. MENGHADAP KE BELAKANG

Kata Perintah:-

"Skuad akan menghadap ke belakang, ke belakang... Pusing"

Kata Perintah Baru:-

"Skuad menghadap ke belakang, belakang... sing"

Perkataan "pusing" ditajamkan / dipendekkan kepada sebutan "sing" sahaja.

Pergerakan sama seperti di para 1.6. ruangan (c)
2.7. BERGERAK KE KANAN SEMASA MENGHADAP KE BELAKANG (Statik)

Kata Perintah:-

"Skuad akan bergerak ke kanan, ke kanan... pusing"

Kata Perintah Baru:-

"Skuad bergerak ke kanan, kanan... Sing"

Perkataan "Pusing" ditajamkan menjadi "Sing" sahaja.

Pergerakan sama seperti di para 1.4. ruangan (c)
2.8. BERGERAK KE KIRI SAMASA MENGHADAP KE BELAKANG 

Kata Perintah:-

"Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang... pusing"

Kata Perintah Baru:-

"Skuad menghadap ke belakang, belakang... sing" sahaja.

Pergerakan sama seperti di para 1.5. ruangan (c)
2.9. MENGHADAP KE HADAPAN SEMULA

Kata Perintah:-

"Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang... pusing"

Kata Perintah Baru:-

"Skuad menghadap ke hadapan, belakang... Sing"

Perkataan Pusing ditajamkan kepada sebutan "Sing" sahaja.

Pergerakan sama seperti di para 1.6. ruangan (c)
2.10. BERGERAK KE KANAN SEMASA BERJALAN (Skuad menghadap ke hadapan)

Kata Perintah:-

(i) "Skuad, bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan... pusing"

(ii) "Dari Kiri... cepat jalan"

Kata Perintah:-

(i) "Skuad, bergerak ke kanan, kanan... sing"

(ii) "Dari kiri... cepat jalan".

Pergerakan sama seperti di para 1.4 ruangan (c)

Perbuatan buka langkah untuk berjalan dengan kaki kanan.

2.11. BERGERAK KE KIRI SEMASA BERJALAN (Skuad menghadap ke hadapan)

Kata Perintah:-

(i) "Skuad bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri... Pusing"

(ii) "Dari kanan... cepat jalan".

Kata Perintah Baru:-

(i) "Skuad bergerak ke kiri, kiri... sing"

(ii) "Dari kanan... cepat jalan".

Pergerakan sama seperti di para 1.5 ruangan (c)

Perbuatan buka langkah untuk berjalan hendaklah dengan kaki kanan.

2.12. BERGERAK KE KANAN SEMASA BERJALAN (Skuad menghadap ke belakang)

Kata Perintah:-

(i) "Skuad akan bergerak ke kanan, ke kanan... pusing"

(ii) "Dari kanan... cepat jalan"

Kata Perintah Baru:-

(i) "Skuad, bergerak ke kanan, kanan... Sing"

(ii) "Dari kanan... cepat jalan"

Pergerakan sama seperti di para 1.4. ruangan (c)

Perbuatan buka langkah untuk berjalan, kaki kanan.