Make your own free website on Tripod.com


KATA PERINTAH PERGERAKAN KAWAD BARU
BAB 1
(a)
Kata Perintah Asal
(b)
Kata Perintah Baru
(c)
Pergerakan / Perbuatan Baru
KAWAD TANPA SENJATA DALAM BERHENTI

1.1. SEDIA (Individu statik)

Kata Perintah:-
"Skuad... skuad Sedia"

Kata perintah tidak berubah tetapi perkataan "sedia" ditajamkan / dipendekkan... "Sdia" sahaja. Perbuatan dengan pantas Angkat kaki bawa ke sebelah kaki kanan, kedudukan tumit rapat serentak dengan sebutan kiraan "satu"
1.2. SENANG DIRI (Individu statik)

Kata Perintah:-
"Senang... Diri"

Kata Perintah tidak berubah tetapi perkataan "diri" ditajamkan / dipendekkan kepada sebutan "Dri" sahaja. Perbuatan dengan pantas.
Angkat kaki kiri bawa ke sebelah kiri sejauh 12 inci serentak dengan sebutan kiraan "satu"
1.3. REHATKAN DIRI (Individu statik)

Kata Perintah:-
"Rehatkan... diri"

Kata perintah tidak berubah tetapi perkataan "Diri" ditajamkan / dipendekkan kepada sebutan "Dri" sahaja. Tangan dinaikkan ke atas punggung (kedudukan siku dan tapak tangan tidak berubah kedudukan asal) dengan sebutan kiraan "satu" / "rehat". Sebutan kiraan "1, 2, 3 Rehat" dimansukhkan.
1.4. BERGERAK KE KANAN (Individu statik)

Kata Perintah:-
"Bergerak ke kanan, ke kanan... Pusing"

Kata Perintah Baru:

"Bergerak ke kanan, kanan... Sing"

Perkataan "Pusing" ditajamkan / dipendekkan kepada "Sing" sahaja.

Pergerakan dipercepatkan:-
  • Perbuatan pusing ke kanan tidak berubah serentak dengan kiraan "satu".
  • Kaki kiri diangkat dan dibawa dengan pantas ke sebelah kaki kanan, tumit dirapatkan serentak dengan sebutan kiraan "dua".
  • Sebutan kiraan "2", "3", "1" dimansukhkan.
1.5. BERGERAK KE KIRI (Individu statik)

Kata Perintah:-

"Bergerak ke kiri... pusing"

Kata Perintah Baru:-

"Bergerak ke kiri, kiri... sing"

Perkataan "pusing" ditajamkan / dipendekkan kepada "sing" sahaja.

Pergerakan dipercepatkan:-
  • Perbuatan pusing ke kiri tidak berubah serentak dengan sebutan kiraan "satu"
  • Kaki kanan diangkat dan dibawa dengan pantas ke sebelah kaki kiri, tumit dirapatkan serentak dengan sebutan kiraan "dua".
  • Sebutan kiraan "2", "3", "1" dimansukhkan.
1.6 MENGHADAP KE BELAKANG (Individu statik)

Kata Perintah:-

"Akan menghadap ke belakang, ke belakang... Pusing"

Kata Perintah Baru:-

"Menghadap ke belakang... Sing"

Perkataan "Pusing" ditajamkan / dipendekkan kepada "Sing" sahaja.

Pergerakan diringkaskan kepada 2 perbuatan sahaja:-
  • Perbuatan berpusing ke belakang tidak berubah serentak dengan sebutan kiraan "satu".